Saturday

Oops...

Ze!
Penyanyi pop electro bernama Ze! Ini nampaknya cuba mencuri perhatian ramai dengan imejnya yang fun dan ganjil. Ramai yang tidak mengenali siapa dia, tapi percaya atau tidak, kuda belang di sebelahnya itu adalah aksesori Ze! di mana juga dia berada. Imej ini mungkin relevan di luar negara, tapi tidak di Malaysia. Opss.... sorry...




FESYEN HATTA DOLMAT


Hatta Dolmat merupakan seorang pereka fesyen tempatan yang tidak asing lagi. Ramai selebriti-selebriti tempatan gemar menggunakan khidmat beliau bagi menghasilkan busana yang menarik dan elegan untuk diperagakan pada majlis-majlis berprestij dan bersejarah.
Untuk Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II tahun ini, Hatta Dolmat telah menampilkan rekaan lebaran  yang berkonsepkan “La Dolce Von Teese” yang diadaptasi daripada seorang ikon fesyen. Hatta Dolmat turut menonjolkan rona-rona ceria untuk rekaannya pada kali ini seperti rona pastel, neon, merah dan juga loyal blue.
Berikut merupakan foto koleksi Hatta Dolmat pada malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II baru-baru ini:


Pembukaan untuk koleksi Hatta Dolmat telah dimeriahkan dengan jemputan khas penyanyi kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam. Bagi koleksi Hatta Dolmat, Izzue telah memperagakan Baju Melayu berpotongan leher  cekak musang. Busana daripada rona loyal blue ini kelihatan sungguh menarik dengan penyatuan corak baju yang bermotifkan polca dot dan seluar plain daripada rona senada. Padanan kain samping daripada material songket turut membangkitkan lagi aura tampan buat si jejaka.


Busana berpotongan top peplum rona loyal blue ini kelihatan sangat menawan dan cantik dengan padanan kain bermotifkan flora. Sematan kain di bahagian pinggang menampilkan ilusi langsing buat si pemakai. Selain itu, potongan busana yang agak singkat turut memberikan ilusi tinggi buat si gadis.


Busana rona hitam potongan Baju Kurung Moden ini kelihatan sungguh elegan dan cantik. Bahagian kaki busana yang dipadankan dengan sedikit renda menampilkan elemen klasik dan glam untuk koleksi Hataa Dolmat kali ini.


Busana rona nude daripada potongan Baju Kurung ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Bahagian kaki busana yang dipadankan dengan elemen ombak turut menyerlahkan lagi kejelitaan dan pesona si pemakai.


Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh cantik dengan paduan rona hitam dan nude.  Bahagian kaki busana dan pergelangan tangan kelihatan sungguh klasik dengan padanan kain lace bermotifkan flora. Selain itu, potongan kain yang dimuatkan dengan renda di bahagian kaki menonjolkan pergerakan yang cantik dan menarik buat si gadis.


Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Walaupun ia kelihatan ringkas, dengan adanya padanan kain lace rona hitam di bahagian bahu yang direka ala kot membangkitkan elemen anggun dan pesona wanita melayu. Bahagian kain yang direka sedikit berombak mencantikkan lagi pergerakan baju kurung moden ini.


Busana potongan top peplum rona hitam dan putih ini kelihatan sungguh elegan dan menarik. Paduan fabrik bermotifkan polca dot turut menyuntik eleman klasik dalam rekaan Hatta Dolmat ini. Penambahan sematan reben dan flora dibagaian bahu menonjolkan lagi keanggunan dan pesona si gadis.


Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh mempesonakan dengan padanan fabrik bermotifkan polca dot. Kombinasi rona hitam dan pink membangkitkan lagi suasana ceria buat si gadis di pagi lebaran. Selain itu, potongan kain yang direka sedikit kembang menampilkan keayuan dan kesopanan sebenar gadis melayu.


Busana rona putih ini menonjolkan penampilan suci dan ayu buat si gadis. Padanan fabrik bermotifkan polca dot menyuntik elemen klasik dalam rekaan Hatta Dolmat ini. Padanan sematan renda di bahagian leher menyerlahkan lagi pesona dan kejelitaan si pemakai.


Busana rona merah ini kelihatan sungguh menyerlah dengan padanan fabrik bermotifkan flora. Bahagian kaki busana yang direka sedikit berombak membuatkan si gadis kelihatan sungguh anggun dan cantik.


Sebagai penutupan koleksi lebaran Hatta Dolmat, beliau telah menampilkan aktres terkenal Tasha Shila. Penampilan Tasha Shila kelihatan begitu menyerlah dan mempesonakan dengan persalinan rona merah. Busana potongan top peplum ini kelihatan sungguh menarik dengan sematan kain bertingkat di bahagian kaki busana. Ini dapat menonjolkan lagi aura anggun dan kejelitaan sebenar Tasha Shila. Penambahan perincian jemeki di bahagian dada turut menyuntik elemen elegan buat si pemakai.

FESYEN RIZMAN RUZAINI


Pada malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II yang lalu, majlis telah dimeriahkan dengan penutupan koleksi lebaran daripada pasangan Rizman Ruzaini. Pasangan pereka fesyen terkenal ini telah menampilkan koleksi lebaran yang bertemakan “Eid ul-fitr precious II” di mana ini merupakan siri ketiga koleksi lebaran daripada mereka.
Koleksi pasangan Rizman Ruzaini pada tahun ini berinspirasikan kemewahan daripada batu permata dan koleksi ini diterjemah segar daripada hamparan rona-rona kemewahan yang mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Elemen yang ditonjolkan oleh pasangan Rizman Ruzaini adalah daripada biru nilam hinggalah ke hijau zamrud.
Berikut merupakan beberapa foto koleksi pasangan Rizman Ruzaini pada malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II yang lepas :



Pembukaan koleksi lebaran pasangan Rizman Ruzaini dimeriahkan dengan jemputan khas pemain bola sepak kebangsaan Zakuan Adha. Untuk koleksi ini, Zakuan telah memperagakan Baju Melayu berpotongan leher cekak musang rona hijau pucuk pisang. Padanan kain samping daripada material songket yang bermotifkan flora menonjolkan lagi aura segak dan tampan pemain bola sepak ini.


Busana rona dark purple ini kelihatan sungguh cantik dan mempesonakan. Penampilan si gadis kelihatan lebih manis dan menyerlah dengan busana berpotongan duyung yang menjadi ‘silhouette’ utama untuk koleksi ini. Padanan perincian rombak batu permata kecil di bahagian leher menonjolkan lagi kejelitaan si gadis di pagi lebaran.


Busana rona merah ini kelihatan sungguh klasik dan menarik dengan potongan Baju Kurung kontemporari. Padanan renda di bahagian kaki busana menonjolkan lagi penampilan si gadis agar kelihatan lebih sopan dan anggun. Penambahan perincian rombak batu permata kecil di bahagian leher menonjolkan lagi keayuan sebenar wanita melayu.


Busana rona jingga potongan kurung kedah ini kelihatan sungguh menawan dan eksentrik. Tambahan padanan rona hitam di bahagian kaki dan pergelangan tangan busana turut menonjolkan lagi elemen klasik dalam penampilan si pemakai.


Busana rona hijau ini kelihatan sungguh menarik dan elegan. Padanan layangan lembut sutera shiffon yang membentuk ‘fishtail cape’ diinspirasikan daripada kaftan potongan kontemporari kurung kedah membangkitkan aura moden dan pesona buat si gadis.


Busana rona peach ini kelihatan sungguh pesona dan anggun. Ini menyerlahkan lagi keayuan dan kelembutan sebenar wanita melayu. Busana potongan kurung kedah dan padanan ‘hanging beaded’ dengan perincian mutiara rona senada turut menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.


Busana rona hijau ini kelihatan sungguh cantik dan menarik dengan perincian ’hanging beaded’ daripada mutiara rona senada. Busana potongan kurung kedah ini kelihatan  lebih menyerlah dengan sematan elemen reben di bahagian dada. Ia turut membangkitkan suasana ceria dan aura jelita si gadis di pagi lebaran.


Busana rona dark brown ini kelihatan sungguh elegan dan menarik. Potongan kurung kedah yang diberi nafas baru ini kelihatan lebih menyerlah dengan padanan perincian ’hanging beaded’ daripada mutiara rona senada. Selain itu penambahan perincian rombak batu permata kecil di bahagian leher menonjolkan lagi keanggunan dan kejelitaan si pemakai.


Busana rona merah maroon ini kelihatan sungguh cantik dan menawan dengan potongan moden kurung kedah. Padanan perincian sarat ‘hanging beaded’ daripada mutiara rona senada di bahagian kaki dan kain busana menonjolkan lagi elemen klasik dan glam buat si pemakai.


Penutupan pentas peragaan koleksi busana lebaran pasangan Rizman Ruzaimi telah dimeriahkan dengan kehadiran aktres jelita Nur Fazura. Di mana Fazura telah mengenakan busana rona pink daripada potongan kurung kedah. Padanan perincian lace rona hitam di bahagain kaki dan pergelangan tangan busana menonjolkan lagi aura pesona dan kejelitaan sebenar Fazura. Perincian rombak batu permata kecil menyerlahkan lagi penampilan pelakon wanita ini.

FESYEN PILIHAN IZARA AISYAH


Kemunculan Izara Aishah semakin menjadi perhatian apabila drama berjudul ” Vanilla Coklat ” mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Izara Aishah memegang watak utama didalam drama tersebut dan sekaligus namanya selalu menjadi bualan peminat drama tersebut. Gadis berusia 20 tahun ini bukan sahaja bijak membawa watak yang diberikan malah kelebihan memiliki wajah menarik merupakan satu kelebihan yang baik untuk beliau.


Bukan sahaja cantik dari raut wajahnya tetapi Izara juga bijak menggayakan apa sahaja pakaian yang dipakainya. Tidak kira bergaya dengan pakaian casual mahupun formal. Penampilan beliau sentiasa kelihatan cantik dipandang mata. Pada pendapat ZZ pakaian yang dipakai oleh Izara juga tidak menjolok mata dan terlalu seksi.

   

 

      


Izara juga boleh dijadikan sebagai model dalam bidang peragaan pakaian kerana apa sahaja yang digayakannya sememangnya sentiasa kelihatan cantik dipandang mata.

FESYEN TURBAN 2012


Fesyen turban merupakan satu fesyen trend bertudung dalam era 20an ini. Pada mulanya fesyen ini kurang diterima oleh masyarakat atas faktor ia tidak menutup aurat dan ada ada juga yang mempersoalkan fesyen turban ini seperti ikutan fesyen kaum lelaki berbangsa singh. Pelbagai pandangan negatif yang dapat kita dengar dari orang ramai.
Namun dengan adanya insan yang bijak dalam dunia fesyen ini, ia telah berjaya menghasilkan fesyen turban ini dengan gaya yang menarik, sopan dan apa yang penting ia menutup aurat bagi si pemakainya sendiri. Pelbagai rupa bentuk dan rekaan dari segi hiasan yang ada pada fesyen turban sekarang. Ada yang dihias dengan batu-batuan manik dan ada juga digayakan dengan perbagai cara ikatan turbannya.




Selebriti seperti Yuna, Ramlah Ram, Noreen Aziz dan juga Fida merupakan antara selebriti yang berani menggayakan fesyen turban ini dengan cara mereka sendiri. Penampilan mereka kelihatan menarik dan masih lagi kelihatan sopan.

BAJU KURUNG PEPLUM


Takde idea nak tempah utk fesyen baju raya tahun 2012?
Nak ikut trend terbaru utk kurung moden?
Peplum sangat IN utk tahun 2012..
Dari tops ke dress hinggalah baju kurung semuanya dah ada 'peplum' sekarang ni..
Jom tengok koleksi-koleksi designer tersohor tanah air yg ada aplikasi peplum..


Yang paling menonjol semestinya si fuschia dari Rizman Ruzaini


 


Tambahan lagi fazura yg pakai..mmg meletops!


Yg ini pun not bad..layered peplum..




Izara Aisyah for Cosry Purple Label..




Mint Green peplum from Nurita Harith..




So sweet kaler ni ditambah dgn material chiffon yg flowy mmg nampak ala2 anak dara manis gitu..

Utk sesapa yg berminat sila terjah butik2 berkenaan..ataupun lagi mudah beli kain tempah jer..boleh cilok idea dari pic2 di atas..
Tapi awas yer peplum ni rasanya tak sesuai utk heavy bottom figure (pendapat mata kasar aku jer,lain org lain pendapat okeh).Kalau yg takde shape mmg sesuai sebab bahagian peplum tu blh menampakkan anda lebih curvylicious gitu..

Aku pun mcm teringin nak ada sepasang peplum kurung ni..tapi tak sempat lg nak pikir material camna yg paling sesuai..kalo nak tempah skang pn mmg tak sempat..so tunggu pas raya jer lah..hehe..i tak kisah ketinggalan trend u ols..janji i merasa akai peplum..

(Pics:googled)