BERGAYA DENGAN PEPLUM STYLE
Dunia fesyen hari ini tidak pernah berhenti untuk
terus “berlari” dari satu “tempat” ke tempat yang lain. Namun fesyen juga
kadangkala penat berlari terus ke hadapan dan kembali semula ke tempat asalnya.
Itulah yang dikatakan kitaran dalam fesyen. Sentiasa berulang-ulang, namun
dengan sentuhan dan gaya penataan yang baru.
Kali ini saya tertarik dengan fesyen peplum atau
dress peplum yang kini banyak berada di pasaran. Gaya peplum ini mengingatkan
saya kepada gaya kebaya dan dress 60-an yang digayakan oleh wanita-wanita pada
zaman itu, terutamanya seniwati Saloma.
Apakah yang dimaksudkan dengan peplum ni? Menurut
sumber wiki, peplum berasal daripada perkataan Greek iaitu Tunic yang bermaksud
“Short overskirt that is usually attached to a fitted jacket, blouse
or dress”.
Namun kini gaya peplum bukan hanya pada skirt tapi
juga sudah dibuat versi rok, blazzer, blous,top, jaket dan juga baju kurung.
Ringkasnya, peplum boleh dikatakan sebagai pakaian yang mempunyai bentuk
kembang/kelopak bunga di pinggang bagi memberikan ilusi ramping dan bentuk
tubuh yang ber”curve”.
Selebriti terkenal
seperti Kim Kardashian dan Kate Middleton juga menggayakan rekaan peplum ini.
Penggunaan peplum lebih kepada smart casual tetapi seperti juga pakaian atau gaya lain, ianya boleh disuai padankan mengikut situasi. Contohnya, ianya boleh dipakai bersama legging, skirt atau skinny jeans. Bagi yang bertubuh gempal, pilihlah warna yang agak gelap bagi menimbulkan ilusi ramping. Namun begitu, jika tidak yakin dengan gaya peplum ini, lebih baik fikirkan gaya yang lain kerana takut nanti kita dilihat sebagai Lady Gaga pula.
Pelbagai gaya baju kurung dengan sentuhan peplum yang harus di cuba jika anda
inginkan gaya se"hot" Erra Fazirah dan Nora Danish.
Bagi yang masih ragu-ragu untuk mengenakan gaya
ini, usah terlalu takut kerana hanya keyakinan yang akan membuatkan kita cantik
walau dengan gaya yang macam mana sekali pun. Simpanlah dalam hati kata-kata
Coco Chanel ini “Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion
is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening”.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment